About Me


Alhamdulillah,nama yang diberi adalah Siti Fatirah Binti Ramli.Masih lagi menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Merupakan pelajar dalam bidang Aerospace Engineering.Andai punya doa dan restu dari ma dan abah,ingin rasanya diri ini menjadi seorang pejuang agama yang tidak kenal erti penat dan lelah.Mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia insyaALLAH satu hari nanti.Dalam iringan doa agar dikurniakan pendamping yang mampu memandu diri yang hina ini kejalan yang diredaiNYA..(^^)

Anugerah Terindah Dari Allah




Alhamdulillah kerana mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.
Along yang banyak mengajar Fatirah erti hidup
Izham Farhan jantung hati Fatirah yang menjadi kawan dan teman
Semoga diberkati oleh ALLAH.

Blog Archive

Saturday 3 March 2012

.....Takut pada keGAGALan yakin pada keJAYAan....


TAKUT PADA KEGAGALAN,YAKIN PADA KEJAYAAN

Assalamualaikum.

Teman-teman semua,Fatirah harapkan agar semuanya berada dalam keadaan sihat dan gembira.InsyaALLAH.Di saat Fatirah menaip entry kali ini Fatirah berada di rumahku syurgaku.Fatirah berada di Seremban.Baru pagi semalam Fatirah sampai ke rumah kerana ada urusan penting yang perlu diselesaikan.Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan lancar.Syukur pada ALLAH.

Oklah.Fatirah tidak ingin membuang sebarang masa teman-teman semua kerana sebetulnya entry kali ini Fatirah ingin katakana tentang kejayaan dan juga kegagalan.Fatirah memilih isu ini kerana sekarang ini adalah sudah hampir kepada  ‘midsem exam’ bagi kami-kami yang baru sahaja melangkahkan kaki ke bumi UIA tercinta ini.Rasanya baru semalam Fatirah mendaftarkan diri dan tidak sampai 2 minggu lagi Fatirah akan menduduki peperiksaan.Walaupun mungkin bagi sesetengah orang ‘midsem exam’ adalah tidak penting kerana dibenak fikiran mereka hanyalah perlu fokuskan pada ‘final exam’.Tapi tidak bagi Fatirah.Fatirah amat mementingkan ‘midsem exam’ ini kerana disinlah bermula segalanya.Disinilah kita akan melihat sejauh mana kemampuan kita dalam membawa sesuatu subjek  itu.Di ‘midsem exam’ inilah Fatirah ada pengalaman yang ingin Fatirah kongsikan bersama.

Dan disinilah sejarah pernah tercipta.Fatirah ingat lagi,dimana pada tahun akhir Fatirah berada di Centre for Foundation Studies,Petaling Jaya.Seingat Fatirah,Fatirah mengambil 4 subjek iaitu Pre-Calculus,Chemistry 11,Programming dan juga Understanding Islam.Dan apa yang terjadi pada Fatirah?Fatirah gagal dalam 2 subjek penting iaitu Chemistry 11 dan juga Pre-Calculus semasa ‘midsem exam’.Fatirah tidak malu mengaku yang Fatirah pernah gagal kerana kegagalan itulah yang membawa kejayaan pada Fatirah di CFS, pada ‘final sem’ Fatirah  disana.Jujur Fatirah katakana ada jua rasa tidak  puas hati kerana Fatirah sudah membuat persediaan sebaiknya.Namun,kuasa ALLAH siapa yang boleh halang.Betulkan?

Pensyarah yang mengajar Fatirah juga terkejut dengan keputusan ‘midsem exam’ Fatirah.Mereka seperti tidak percaya.Tapi apa yang mereka lihat,itulah yang terjadi.Fatirah ditanya secara peribadi kenapa sehingga begitu keputusan Fatirah?Yang mampu Fatirah berikan hanyalah sebuah senyuman.Terima kasih pada pensyarah itu yang mengambil berat perihal Fatirah.Sahabat-sahabat yang rapat juga terkejut.Sehinggalah seorang sahabat Fatirah iaitu Ain Johari bertanya kenapa Fatirah seperti tidak bersedih dan menangis dengan kegagalan Fatirah?Sebaliknya masih mampu mengawal perasaan dan tersenyum.”

Jawapan Fatirah pada Ain adalah semua yang berlaku itu ada hikmahnya.Mungkin kita tidak nampak apa sebenarnya ALLAH rancangkan untuk kita di kemudian hari.Fatirah tahu,ALLAH sedang ,menguji Fatirah saat itu.Menguji keimanan Fatirah padanya.Adakah Fatirah reda dengan kegagalan itu?Ataupun Fatirah mempersoalkan kenapa ianya menimpa Fatirah?Bukan itu sahaja,semasa Fatirah menduduki kertas Programming,Fatirah mengalami sakit perut yang luar biasa sehingga Fatirah meminta izin untuk ke tandas.Dan teka apa yang terjadi.Fatirah muntah.Hampir sahaja pengsan kerana lemahnya terasa diri ini.Tika menjawab soalan ke3 tak silap Fatirah.Kepala terasa sakit sangat dan nampak semua benda disekeliling berpusing-pusing.YA ALLAH,masa itu hanya ALLAH yang tahu apa perasaan Fatirah.Serba salah sangat-sangat kerana masih banyak lagi soalan yang belum dijawab.Sayang sangat untuk meninggalkan kertas itu.Pensyarah yang menjaga Fatirah ketika itu menyuruh Fatirah  dan  balik sahaja ke bilik dan berehat.Katanya Fatirah masih boleh lagi mengambil sekali lagi kertas itu setelah sihat.Dia memberi jaminan yang dia akan pastikan Fatirah dapat mengambilnya lagi.Alhamdulillah,ALLAH utuskan seorang pensyarah yang amat baik hatinya disaat Fatirah berdepan dengan kesukaran.Terasa bersalah kerana menyusahkan dirinya menemani Fatirah ke tandas sehinggalah Fatirah mampu berjalan dengan elok.Di situ,Fatirah tinggalkan peperiksaan terakhir ‘midsem exam’ bagi ‘final sem’ Fatirah di CFS.

ALLAH,bila Fatirah duduk termenung seorang diri.Mengalir jua airmata kerana semua yang terjadi itu menguji kuat atau lemahnya Fatirah menghadapi ujian ALLAH.Apa yang Fatirah fikirkan mungkin ada silap Fatirah dimana-mana dalam kehidupan sehari-harian Fatirah.Ada dosa yang Fatirah tidak nampak yang Fatirah lakukan semasa hayat Fatirah.Sungguh,ujian semasa menghadapi ‘midsem exam’ amat memberi kesan yang mendalam dalam hati Fatirah.Fatirah mengenal apa itu erti tinggi rendahnya langit.Bila-bila masa sahaja ALLAH boleh ambil nikmat kita.Dalam sujud-sujud Fatirah,airmata sering mengalir mengingati kekuasaan ALLAH.Bila mana DIA ingin meguji hamba-NYA.Tidak pernah mengira siapa dan dimana.Kerana kita adalah hamba-NYA.Tapi sebetulnya Fatirah bersyukur dipilih ALLAH untuk diuji kerana DIA tidak akan menguji hambaNYA jika kita tidak mampu hadapinya.ALHAMDULILLAH.Fatirah mampu hadapinya walaupun kadang-kadang hati ini tidak lari dari mempersoalkan “KENAPA AKU?KENAPA AKU”.Berdosa Fatirah kerana mempersoalkan rencana ALLAH.YA ALLAH,ampunilah kekhilafan aku.

Selepas sahaja keadaan kembali seperti biasa,Fatirah menjalani hidup seperti insan-insan lain.Sedaya upaya melupakan apa yang terjadi.Fatirah katakan “biarlah ianya berlalu seperti angin yang datang menyapa pipi seketika sahaja”. Dari saat itu,selepas mendapat kegagalan,ALHAMDULILLAH,Fatirah masih mampu bangkit.Masih mampu Fatirah membuat segalanya seperti biasa.Tiada guna menjeruk rasa sehingga menganiayai diri hanya kerana sebuah kegagalan.Dari situ Fatirah banyak belajar.Tidak semua benda yang kita rancang akan terjadi.Samalah seperti Fatirah,walaupun telah membuat persediaan dan Fatirah target sekurang-kurangnya B+ ataupun A-.Tapi apakan daya yang tertulis dalam takdir Fatirah adalah GAGAL..

Kegagalan itu yang membina semangat Fatirah untuk belajar dengan lebih tekun dalam menghadapi ‘final exam’.Lihat di link ini http://fatirahramli.blogspot.com/2012/01/examusah-risau.html.Inilah cara Fatirah belajar dari dulu sampai sekarang.Cara yang Fatirah gunakan untuk menghadapi peperiksaan.Tidak pernah berubah walaupun pernah gagal.Fatirah tidak salahkan cara Fatirah belajar.Cuma pasti dan Fatirah yakin ada silap Fatirah yang ALLAH nak Fatirah perbaiki sebelum terlambat.ALHAMDULILLAH,ALLAH masih menyayangi Fatirah.

Tiba sahaja ‘final exam’ ,ALHAMDULILLAH,segalannya lancar.Fatirah yakin,ALLAH akan bantu Fatirah.Fatirah yakin ALLAH dengar rintihan Fatirah.Masa yang dinantikan tiba bilamana keputusan keluar.Fatirahlah orang yang paling gembira.Rasanya ingin memberitahu satu dunia betapa gembiranya Fatirah.Dalam hati Fatirah,inilah rupanya hadiah yang ALLAH sembunyikan dari Fatirah saat Fatirah diuji dulu.Hadiah yang amat bermakna.Sujud syukur padaMU YA ALLAH.Walaupun kabus hitam pernah datang dalam hidup Fatirah,muncul jua sinar-sinar cahaya dari matahari.Jua pelangi indah yang muncul selepas hujan yang melanda.Betul,hikmah yang terjadi itu memakan masa untuk kita nampak.Yang paling membuat Fatirah gembira dan terharu adalah hari ‘offer letter’ dikeluarkan.YA ALLAH,engkau amat menyayangiku.Engkau berikan apa yang aku idamkan selama ini.Apa yang aku mimpikan dulu telah menjadi kenyataan.Ditawar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang AEROSPACE ENGINEERING.Sekarang hanya masa yang akan menentukan untuk Fatirah membawa pulang segulung ijazah itu.

Apa yang Fatirah cuba sampaikan adalah walau hebat mana sekalipun dirimu diuji.Yakinlah ALLAH ada sesuatu buat dirimu dihadapan hari nanti.Usahlah terlalu menyeksakan diri dengan bersedih sahaja.Lakukanlah anjakan paradigma pada dirimu.Perubahan 360 darjah itu walaupun mengejutkan orang di sekeliling,ianya adalah kerana ALLAH.’Check’ balik diri sendiri.Adakah kita telah menerapkan semua syariat ISLAM  dalam hidup kita?ISLAM  itu bukan pada agama sahaja tapi ianya adalah definisi kehidupan seharian kita.Adalah kita islam ataupun ISLAM? 2 situasi yang berbeza.Fatirah ingin tukar tajuk entry Fatirah kepada TAKUT PADA KEJAYAAN YAKIN PADA KEGAGALAN.Kerana kejayaan itu beracun kalau kita silap perhitungan padah menanti.Namun GAGAL itu penawar kerana ianya akan menjadikan kita lebih  bersemangat untuk mengejar kejayaan.Kejayaan yang hakiki adalah menjadi ISLAM yang sebenarnya.
#buat sahabat semua,selamat menghadapi peperiksaan.Usahlah terlalu gementar kerana ALLAH itu ada disisi kita.Yakinlah DIA akan menolong kita.Walau apa sahaja keputusan yang kita dapat,itu  adalah usaha kita.Usah dibandingkan dengan orang lain.Kerana kita adalah kita,dia adalah dia.Yakin dengan kemampuan diri kita.Peperiksaan itu bukan medan mengukur berapa banyak A yang dapat.Tetapi ia menjadi titik tolak pemahaman kita dalam sesuatu subjek itu.Belajar bukan untuk peperiksaan sahaja tapi belajar untuk kehidupan.Cuba aplikasikan dalam kehidupan kita apa yang kita belajar.Baru kita nampak  apa gunanya ilmu yang kita belajar kerana ilmu itu bukan setakat dalam kelas sahaja tetapi merangkumi aspek hidup kita.

Wassalam.
SFR
Saturday
3 March 2012
SEREMBAN..

No comments:

Post a Comment