About Me


Alhamdulillah,nama yang diberi adalah Siti Fatirah Binti Ramli.Masih lagi menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Merupakan pelajar dalam bidang Aerospace Engineering.Andai punya doa dan restu dari ma dan abah,ingin rasanya diri ini menjadi seorang pejuang agama yang tidak kenal erti penat dan lelah.Mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia insyaALLAH satu hari nanti.Dalam iringan doa agar dikurniakan pendamping yang mampu memandu diri yang hina ini kejalan yang diredaiNYA..(^^)

Anugerah Terindah Dari Allah




Alhamdulillah kerana mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.
Along yang banyak mengajar Fatirah erti hidup
Izham Farhan jantung hati Fatirah yang menjadi kawan dan teman
Semoga diberkati oleh ALLAH.

Blog Archive

Tuesday 28 February 2012

...Tangisan kekuatan....

Assalamualaikum..


Pejam celik-pejam celik bulan Februari bakal berlalu.Tinggal esok sahaja bulan Februari 2012 akan berakhir.29 Februari.Angka yang hanya muncul 4 tahun sekali.Tak terasa sudah hampir 2 bulan 2012 berlalu.Begitu cepat masa berlalu.Betul lah kata orang,masa itu sangat berharga.Apabila ianya sudah berlalu mana mungkin dapat kita tebusnya kembali seperti menebus mata ganjaran di 'shopping comlpex'.Tidak semudah itu.Sebelum terlupa,Selamat Tahun Lompat!


              Sebetulnya bukan niat Fatirah untuk menyambung entry NIKAH KAHWIN kerana Fatirah perlu membuat banyak lagi permerhatian dan pembacaan untuk menyambungnnya.
Berbalik pada entry kali ini.Fatirah ingin berkongsi tentang seorang teman.Teman yang dekat dengan Fatirah.Fatirah mengenalinya sebagai seorang yang sangat ceria.Tiada menyimpan apa-apa masalah.Namun rupa-rupanya disebalik senyuman yang dipamerkan itu,tersembunyi seribu satu rahsia kedukaan.Mana pernah Fatirah melihat teman Fatirah itu tidak gembira kerana sememangnya dialah yang paling periang antara kami.

          Pernah suatu ketika,Fatirah terserempak dengannya yang sedang menangis.Bila Fatirah dekati,memang betul telahan Fatirah.Dia menangis.Seakan tidak percaya Fatirah dibuatnya kerana susah sangat untuk teman-teman melihat dia menangis.Fatirah cuba mendekati nya dan memujuknya.Sepantas kilat,dia memeluk kejap tubuh Fatirah dan menyembamkan mukanya pada bahu Fatirah.Fatirah kaget kerana Fatirah bukanlah seorang yang pandai dalam memujuk.Tapi,demi dia,Fatirah cuba seadanya.Basah baju Fatirah dek deraian air matanya.

         Apabila reda sedikit tangisannya,Fatirah membuka mulut.Pertanyaan yang pertama keluar dari mulut Fatirah ialah "kenapa awak menangis?"Dia mengangkat wajahnya,Asataghfirullah,kelam sungguh wajahnya.Hilang sudah senyuman yang sentiasa menghiasi wajahnya,Dengan suara yang serak dan tersengguk-sengguk,dia bisikkan pada Fatirah"Sahabat,aku letih dengan hambatan dunia.Aku penat dengan sandiwara dunia.Lelah dengan urusan yang tiada penghujungnya."

           ALLAH,seakan sebiji batu besar menimpa Fatirah.Tidak sangka teman yang selama ini nampak kuat,rupanya lemah di dalam.Lemah menghadapi cubaan dunia.Reaksi yang Fatirah berikan hanyalah dengan memeluknya kembali agar dia berasa tenang.Perlahan Fatirah mengatur kata,agar dia tidak berasa hati.Fatirah katakan,"apalah sangat ujian yang menimpa kita sedangkan dahulu dizaman Nabi,berapa ramai yang syahid kerana mempertahan Islam?Mempertahankan akidah walaupun nyawa dihalkum.Diugut untuk dibunuh jika mempertahankan akidah.Kita hanya diuji dengan masalah yang sebenarnya remeh sahaja tetapi kita sudah kelam-kabut,Terasa seperti terbeban,sedangkan nun jauh disana,di Palestin kanak-kanak jua remaja perempuan yang sebaya dengan kita masih lagi kukuh berjuang untuk Islam.Sanggup syahid demi Islam.


                Tidak
mahukan awak sekuat Sumayyah?Sesabar Rabiatul Adawiyah?Contohilah mereka dalam menghadapi ujian.Cubaan..ALLAH tidak akan pernah menguji hambanya kecuali untuk mengetahui keimanan dan kebergantungan kita padaNYA.Masihkah kita bersamaNYA tika kita senang?Ataupun hanya mencariNYA bila kita susah sahaja?

            Jangan mudah terpedaya dengan syaitan yang sememangnya suka melihat kita bersedih.Lupakan kesedihan itu.Bangkitlah semula seperti seorang pahlawan di medan perang walaupun terluka,masih mampu mengangkat pedang,melawan sehingga ke titisan darah yang terakhir.Usahlah dikejar dunia kerana urusannya pasti tidak akan pernah selesai.Makin kita mengejarnya,makin kita gelisah kerana kita tidak pernah puas dalam kehidupan.Sebaliknya kerjalah akhirat,nanti kamu tidak akan pernah lelah,kerana kemanisan iman itu sentiasa ada,Carilah bekalan untuk alam di sebelah sana kerana kita tidak tahu apakah nasib kita nanti di hari Penghisaban amalan kita nanti.

              Perbanyakanlah berzikir pada ALLAH,selawat ke atas Nabi junjungan bila mana terasa diri dalam kesempitan.Mohonlah agar ALLAH bukakan jalan jua luaskan lorong yang bakal kita lalui dalam membina kehidupan berteraskan ISLAM.Ucapkan syukur apabila mendapat kegembiraan.dan jangan lupa berdoa bila kesusahan dihadapi.Sentiasalah percaya bahawa ALLAH itu sentiasa ada untuk bersama hambanya.Sedia mendengar keluhan hambanya dalam sujud tahajud yang panjang dimalam yang sunyi sepi,sujud solat taubat yang beserta tangisan keinsafan menangisi kelemahan jua kehinaan diri.


Yang paling utama adalah hati kita.Kalu Quran hatinya surah Yasin,manusia pula adalah akal dan jua hati.Bersihkan minda,bersihkan hati.InsyaALLAH segalanya pasti akan menjadi yang terindah.Buang apa yang tidak perlu seperti 'delete file kedalam recycle bin apabila tidak digunakan'.'Refresh balik iman bila mana terasa ada kekurangan.Dan 'copy dan pastelah' perlakuan jua cara hidup Nabi Muhammad.InsyaALLAH,tiada apa yang perlu dirisaukan lagi......."

Sebaik sahaja Fatirah habis berkata-kata,tidak semena-mena dia mengukir senyuman yang selalu Fatirah lihat padanya.Alhamdulillah,dia kembali tersenyum semula......

#Persahabatan itu kerna ALLAH....


Wassalam...
SFR
280212
10:40PM
HSC,IIUM....

No comments:

Post a Comment