About Me


Alhamdulillah,nama yang diberi adalah Siti Fatirah Binti Ramli.Masih lagi menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Merupakan pelajar dalam bidang Aerospace Engineering.Andai punya doa dan restu dari ma dan abah,ingin rasanya diri ini menjadi seorang pejuang agama yang tidak kenal erti penat dan lelah.Mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia insyaALLAH satu hari nanti.Dalam iringan doa agar dikurniakan pendamping yang mampu memandu diri yang hina ini kejalan yang diredaiNYA..(^^)

Anugerah Terindah Dari Allah




Alhamdulillah kerana mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.
Along yang banyak mengajar Fatirah erti hidup
Izham Farhan jantung hati Fatirah yang menjadi kawan dan teman
Semoga diberkati oleh ALLAH.

Blog Archive

Sunday 26 February 2012

...Nikah Kahwin.....

Assalamualaikum..

Rasanya dah hampir berbulan -bulan juga Fatirah tidak mengupdate blog Fatirah.Semuanya kerana ada halangan dan juga perkara-perkara yang lebih penting yang perlu Fatirah utamakan dahulu.Untuk pengetahuan semua,Fatirah baru sahaja melangkahkan kaki ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,Gombak untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang amat Fatirah minati.Kejuruteraan Aeroangkasa,.Alhamdulillah,dapat juga Fatirah meneruskan impian Fatirah untuk menjadi antara salah seorang jurutera Aeroangkasa Muslim yang berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah.Masuk hari ini sudah hampir sebulan Fatirah disini.

       Oklah.Kita terus sahaja ke tajuk entry Fatirah kali ini.NIKAH KAHWIN.Kenapa ye Ftairah memilih tajuk ini?Yang pasti,bukan sebabnya Fatirah sudah sampai seru untuk berkahwin,cuma sekadar untuk berkongsi pendapat peribadi tentang isu ini yang mutakhir ini seringkali dibangkitkan oleh teman-teman Fatirah.Melangkah sahaja kaki ke sini(UIA),Fatirah dihujani dengan soalan dah kahwin ke?Dah bertunang ke?Semuanya gara-gara status dan juga wall post Fatirah di fb.Apa yang mampu Fatirah jawab hanyalah dengan sebuah senyuman ataupun kadang-kadang terus katakan "
tak la..takkanla nk kahwin or bertunang tak nak beritahu teman-teman.."
      
        Kebetulan Fatirah dengar khabar bahawa antara teman-teman rapat Fatirah juga akan melangsungkan perkahwinan mereka tahun ni.Pada mereka,Fatirah ucapkan tahniah kerana bakal melangkah ke satu lagi fasa hidup yang sangat bermakna.Sepanjang setahun lepas,3 orang teman Fatirah sudah berumah tangga dengan jodoh masing-masing.Syukur juga pada ALLAH,kerana salah seorang dari mereka bakal bergelar ibu dalam masa 9 bulan dari sekarang,Fatirah tumpang bahagia untuk mereka.

    Ya,mungkin pelik bagi sesetengah orang apabila mendengar cerita siswa dan juga siswi kahwin muda.Apatah lagi kahwin semasa belajar.Pada Fatirah ianya tidak menjadi masalah kerana sudah ditetapkan oleh ALLAH jodoh mereka awal.Siapalah kita untuk mempersoalkan urusan ALLAH.Ada juga kata-kata yang tidak enak dilemparkan pada mereka  seperti dilabel sebagai "gatal" , "malas belajar" dan yang paling menyedihkan adalah dituduh ataupun lebih tepat lagi difitnah melakukan perkara yang tidak elok.Nauzubillah.Moga dijauhkan dari kita semua tuduhan sebegitu.

    Semalam Fatirah tertarik dengan satu status sahabat Fatirah yang bertanyakan tentang perkahwinan.Dan Fatirah ada memberikan respon disitu..

"Sekiranya ditanya dah bersedia untuk kahwin?? agak2 ape jawapan korang?? serta sbb..."
Sampai sini dulu entry NIKAH KAHWIN ini.Fatirah akan sambung di entry akan datang untuk mengupas lebih lanjut lagi tentang isu panas ini...(^^)



Wassalam....

SFR......

to be continued..... :p

No comments:

Post a Comment