About Me


Alhamdulillah,nama yang diberi adalah Siti Fatirah Binti Ramli.Masih lagi menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Merupakan pelajar dalam bidang Aerospace Engineering.Andai punya doa dan restu dari ma dan abah,ingin rasanya diri ini menjadi seorang pejuang agama yang tidak kenal erti penat dan lelah.Mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia insyaALLAH satu hari nanti.Dalam iringan doa agar dikurniakan pendamping yang mampu memandu diri yang hina ini kejalan yang diredaiNYA..(^^)

Anugerah Terindah Dari Allah




Alhamdulillah kerana mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.
Along yang banyak mengajar Fatirah erti hidup
Izham Farhan jantung hati Fatirah yang menjadi kawan dan teman
Semoga diberkati oleh ALLAH.

Blog Archive

Thursday 29 March 2012

....sahabat DUNIA wal AKHIRAT.....

Assalamualaikum...

YA ALLAH,lama juga Fatirah tidak menjenguk blog Fatirah ini.Hambatan kerja dan belajar banyak menghalang Fatirah untuk membuat entry yang baru.Tak sangka sudah masuk ke penghujung bulan Mac.dan akan tibanya 1 April yang dianggap APRIL FOOL.Untuk pengetahuan semua,Fatirah berada di rumah tercinta sekarang.Cuti midbreak bagi kami-kami pelajar IIUM.Walaupun Fatirah dapat balik awal iaitu selepas kertas 'Electrc Circuit' tetapi Fatirah tekad dengan keputusan untuk pulang pada hari Rabu kerana ingin menyiapkan kerja-kerja yang bertimbun.Maklumlah.hidup sebagai seorang pelajar tidak akan pernah lari dari tugas-tugas yan tidak akan pernah selesai.Sebetulnya,Fatirah dalam mood exam kerana baru sahaja selesai menduduki paper circiut.Baru satu paper selesai.Masih ada paper Calculus,Statics,Islamic Worldview.Engineering Drawing.Maknanya banyak lagi masa yang seharusnya dan sewajibnya Fatirah peruntukkan untuk mengulang kaji,.

       Sebenarnya,entry kali ini Fatirah ingin berkongsi cerita tentang teman-teman yang rapat dengan Fatirah.Ingin mengenalkan mereka pada anda semua.Yang banyak menyokong Fatirah dari belakang sejak dari sekolah sampailah sekarang.ALLAH,alhamdulilah Fatirah dikurniakan sahabat seperti mereka.Susah senag kami bersama harungi.
Dari kiri-NUR ATHIRAH,WANI,TIM,MUN,AIMI

Mari kita mulakan dengan sahabat di Gemencheh Mara College(GMC) atau senangnya Maktab Rendah Sains Mara Gemencheh yang sekarang sudah menjadi Maktab ULUL ALBAB..Alhamdulillah...

-Athirah adalah sahabat yang amatlah comel.Sangat comel.Fatirah suka sangat berkawan dengan dia kerana dia amat sporting.Kelakar orangnya.Athirah ni kami panggil dia EMON JR.Dia suka makan donut.Tak silap dia berasal dari SENAI,JOHOR.Sekarang di UTM ambil Chemical Engineering.Rindu sangat nak bergelak ketawa dengan dia.Bilik kami bersebelahan.Dan hampir 247 kami berjumpa.Tak pernah jemu..

-Wani orangnya halus.Kecil.Tapi semangatnya kuat.Dengan wani Fatirah boleh berkongsi apa sahaja cerita dengannya.Kerana dia akan menadah telinga untuk mendengarnya.Walaupun kadangkala cerita yang sama diulang sekali lagi.ALLAH,syukur sangat ada wani ini kerana dia banyak menolong Fatirah.Sentiasa ada disisi saat Fatirah menangis apabila lelah dalam mencari erti hidup.Tangisan wani jua adalah tangisan Fatirah.Bercerita masalah adalah perkara utama apabila berhubung.Wani ada tiap kali fatirah dicemuh,dihina,dikeji.Selalu ada untuk Fatirah.Sealu beri semangat pada Fatirah.Walaupun jauh kerana wani berada di UNISZA,kami tetap tidak pernah terputus hubungan kerana adanya teknologi.Saban masa berhubung.Kalau bukan di telefon,di fb.

-Tim bersama dengannya memang tak kering gusi.Ada sahaja keletahnya yang membuat tawa kami pecah berderai.Apa yang Fatirah tidak boleh lupakan adalah tim ni setiap kali dia balik ke johor pasti ada sahaja makanan yang akan dibawanya ke kelas.Yang paling sedap adalah tempe goreng cicah kuah kicap pedas,ALLAH.Kecur  air liur bila teringat.Pernah juga sekali keluarga tim datang bawa nasi jagung.Sedapnya.Tak terkata.Semasa tingkatan 4,Fatirah selalu tidur di bilik tim.Selalu sangat.Menyiapkan projek rumah tradisional untuk subjek pendidikan seni visual.Tim adalah sahabat yang pernah datang ke rumah Fatirah.mengahbiskan cuti hujung minggu bersama-sama.Dulu dalam kelas kami memanggilnya NEK TIM.Sebabnya,dia suka membebel.Sekarang Tim berada di UTM juga.

-Mun Sahabat yang seorang ini sama-sama dengan Fatirah tinggal di negeri sembilan.Loghatnya.MasyaALLAH.Pekat.Kadang-kadang Fatirah sendiri tidak memahaminya.tapi selalunya buat-buat faham.Sambil tersenyum.Dia seorang yang kadang kala mudah melenting.Jangan dikacau kalau rasa diri mudah terasa.Tapi hatinya baik.Suka menolong.Pernah sekali Mun berikan Fatirah dan Tim roti butterscotch yang sudah  tamat tarikh luputnya.Apa lagi,jadi bahan la Mun seorang ni.Fatirah beruntung ada Mun kerana hari-hari Fatirah disinari oleh Mun.Dulu Mun suka bergaduh dengan sahabat kelas kami,Azuan namanya.Pantang sahaja berjumpa,pasti akan bertengkar.Tak tahulah kenapa.Azuan sekarang menyambung pelajaran di Indonesia.Mun pernah jua bermalam di rumah Fatirah.Kami berkongsi bermacammacam cerita.Rindu nak bergaduh dengan Mun lagi.Berperang mulut.
juga berada di UTM.


-
Aimi sekarang ,sampailah kepada sahabat yang merangkap teman sebilik dan sebantal ni.Aimi Badriah.Cantik namanya.2 tahun sebilik dengan aimi membuat Fatirah berasa betul-betul tahu apa itu makna sahabat.Sangat menjaga sahabatnya.Pernah fatirah jatuh sakit,dan Aimilah orang yang Fatirah genggam erat tangannya sampailah ke hospital.Tak pernah lupa walau sesaat sekalipun detik tu.Kata aimi,sakit tangannya kerana cengkaman Fatirah yang kemas.Aimi ni berkaliber orangnya.Fatirah sangat hormat padanya.kerja dia.Tiptop.ALLAH,teringat kisah kenakalan kami memanjat ke tangki air semasa hari jumaat.Tika itu minggu peperiksaan SPM.Semua itu idea gila.Tapi betullah hidup seorang pelajar itu tidak dapat diramal.Kami berempat tak silap Fatirah tika melakukan kerja itu.Rasa kepuasan itu datang sebaik sahaja berada di kawasan tangki.Itulah pengalaman yang tidak akan Fatirah buang dari memori yang Fatirah kutip sepanjang berkawan dengan aimi.Aimi sangat bersabar dengan apa sahaja kerenah Fatirah.kerana dahulu Fatirah suka 'rebel'.Sangat susah nak patuhi peraturan dan sangat suka bergaduh dan marah-marah orang.Tapi aimi sabar sahaja melayan Fatirah.Alhamdulillah dikurniakan sahabat seperti Aimi satu dalam sebillion.Aimi banyak menasihati Fatirah dalam bermacam perkara.Dengannya Fatirah tidak malu mengaku kelemahan diri jua menceritakan macam-macam perkara.Aimi sangat unik.Unik sangat.


#banyak lagi sebenarnya yang ingin Fatirah kongsikan.Tapi tiap kali teringat,pasti nak atau tidak,airmata itu akan tetap setia mengalir dipipi.Teringat kisah lama dengan mereka yang bergelar sahabat.Banyak suka duka diahrungi bersama.Ada ramai lagi rakan sekelas yang sememangnya rapat dengan Fatirah,Hamizah,Aishah deskmate,Ikin,Khazimah,Nisa,Yani,Syafiqah.tapi tak mampu fatirah nak ceritakan semuanya kerana airmata ini tetap tidak mahu berhenti.Mengingati mereka yang sangat Fatiran rindui saban hari.
---KLIK UNTUK GMBA
MISS THE OLD TIMES





====Buat sahabat-sahabat Fatirah,selalu  Fatirah panjatkan doa agar satu hari nanti,kita pasti dapat berkumpul semula,bergelak ketawa.Cuma masanya sahaja yang belum sampai.Fatirah yakin akan ada peluang untuk kita semua bertemu semula.Walau beribu jarak kita terpisah,tapi kita berteman kerana ALLAH pasti ALLAH akan bantu kita....Fatirah doakan semoga semuanya berjaya dalam bidang masing-masing.Tidak pernah hati ini berhenti merindui kalian kerana kalian adalah sumber kekuatan.Tidak pernah minda ini berhenti memikirkan kalian kerana kalian adalah sahabat dunia dan akhirat.======




Wassalam
SFR
290312
12:26AM
Seremban,,

No comments:

Post a Comment