About Me


Alhamdulillah,nama yang diberi adalah Siti Fatirah Binti Ramli.Masih lagi menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Merupakan pelajar dalam bidang Aerospace Engineering.Andai punya doa dan restu dari ma dan abah,ingin rasanya diri ini menjadi seorang pejuang agama yang tidak kenal erti penat dan lelah.Mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia insyaALLAH satu hari nanti.Dalam iringan doa agar dikurniakan pendamping yang mampu memandu diri yang hina ini kejalan yang diredaiNYA..(^^)

Anugerah Terindah Dari Allah




Alhamdulillah kerana mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.
Along yang banyak mengajar Fatirah erti hidup
Izham Farhan jantung hati Fatirah yang menjadi kawan dan teman
Semoga diberkati oleh ALLAH.

Blog Archive

Friday 30 March 2012

...MASA LALU MASA KINI MASA AKAN DATANG.....

Assalamualaikum


Tadi saat sedang menyusun dokumen-dokumen di dalam laptop.Terbaca notes yang Fatirah tulis setahun yang lalu.Tulisan yang bagi Fatirah amat bermakna,Sangat bermakna,Cubalah baca nota tu dibawah ni..


=======Saat ini,sepi yang aku rasa.Kosongnya hati ini.Seakan langsung tiada isi yang perlu  ditanam didalamnya.Kenangan lama terimbau kembali.Perlukah semua ini terjadi?Mengapa?Siapa?Kenapa?Pelbagai pertanyaan berlegar di fikiran aku.Makin aku ingati,makin aku rasa sesak di dada.Sesaknya hanya yang di atas sana yang lebih mengetahui.Sampai bila harus aku bersikap begini?Mengharap pada sesuatu yang tidak mungkin akan terjadi.Mengharap pada sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk di realisasikan.Begitu hebatkah penangannya?Sampaikan aku terlupa yang aku masih punya yang di atas sana.
       Aku lihat sekilas ke arah jam di handsetku.Baru jam 11 malam.Aku kira malam masih lagi muda.Macam-macam yang aku dapat lakukan.Study sambil melayan lagu-lagu kegemaran aku.Saat itu,lantas kucapai buku Chemistry,subjek yang paling aku minati dari zaman persekolahan lagi.Dari helaian pertama kubelek-belek sambil cuba memahami dengan sebaik mungkin.Dalam masa yang sama mata aku tidak lepas memandang  kearah screen handsetku.Berharap agar setidak-tidaknya ada barang satu dua message yang memasuki ke inboxku.Tapi,hampa.Tiada langsung.Kuteruskan juga pembacaan kitab Chemistry ku itu.Aku catit serba sedikit apa yang aku fahami di helaian test pad agar aku senang untuk mengulangkaji kembali tanpa perlu membuka buku teks.Memang itulah tabiat aku.Saat peperiksaan makin dekat,hanya cebisan-cebisan nota yang bakal aku cari.Sebagai peneman di kala kebosanan.
       Jam mejangkau ke angka 1 pagi.Namun mataku tetap segar.Rasanya masih segar untuk aku teruskan pembacaan aku.Tapi kali ini,ku tutup helaian terakhir buku Chemistry dan kuambil buku “Mencari Makna Hidup”.Lama kurenung tajuk buku itu yang kukira berjaya menarik perhatian aku untuk membacanya.Tanpa aku sedari,setitik demi setitik air mata jatuh ke pipi.Hangat yang aku rasa.Aku menjadi begitu emosi.Baru aku sedari,selama aku hidup.Belum pernah rasanya aku berpuas hati dengan hidup yang aku jalani.Padahal ALLAH telah menetapkan jalan hidup yang perlu aku tempuhi selama mana hayat dikandung badan.Terimbau segala kejahilan aku dulu.Kehidupan yang penuh dengan noda-noda hitam.Kehidupan yang jauh dari landasan agama.Yang menyimpang jauh dari norma kehidupan.Dimana letaknya akal yang telah ALLAH kurniakan pada aku.Walhal aku mengetahui bahawa akal itulah anugerah nikmat yang paling bernilai telah ALLAH berikan pada ciptaannya.Ciptaanya yang paling agung iaitu penciptaan manusia.Telah dinyatakan dalam Surah Al-Mu’minuun (23:12-14) yang menerangkan bahawa manusia adalah sebaik-baik ciptaan ALLAH.Tapi pernahkah aku mengambil iktibar dari ayat itu?Jawapannya tidak sama sekali.
      Seringkali aku persoalkan tentang hidup aku.Seringkali juga hati ini merungut dengan segala macam kesulitan yang aku hadapi.Adilkah semua yang berlaku ini?Jahilnya aku ini kerana acapkali aku menyalahkan takdir.Satu persatu episod hitam dalam hidup aku terakam kembali.Lagaknya persis ditayangkan di atas satu kanvas putih yang kemudiannya dicemari dengan titik-titik hitam yang kelihatan hodoh di pandangan kasar mata aku.Itulah realiti kehidupan yang aku hadapi.Realiti kehidupan yang aku jalani dari sehari ke sehari.ALLAH.Teruknya kehidupan silamku.Gambaran itu jelas memperlihatkan kecetekan ilmu agama aku.Kecetekan pemikiran aku dalam berfikir yang menentukan mana satu yang baik dan mana satu yang burukKedangkalan dalam menentukan dan mengemudi sebuah kehidupan yang penuh pancaroba ini.Susahnya hidup ini kufikir.Tapi kutidak pernah cuba untuk mengubah segala macam yang telah aku lakukan selama aku hidup ini.Peritnya lidah tatkala mahu mengatakan bahawa aku pernah tersungkur dalam pelarian aku menghidupkan sebuah kehidupan di bumi yang fana ini.Pedihnya hati ini mahu mengakui kebodohan diri ini sehingga aku terjerumus ke lembah kehinaan.Hina  sungguh diri ini disisi agama..Apatah lagi disisi ALLAH.
       Entah kenapa tiba-tiba datang satu idea di benak fikiran aku.Bahawa sudah sampai masanya aku berubah.Betul.Titik  permulaan itu aku yang perlu cari.Aku yang perlu gali.Sedalam mungkin untuk aku ubah diri ini.Mungkin inilah yang terkandung dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11 yang berbunyi “..Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergilir di muka dan dibelakangnya,mereka menjaganya atas perintah ALLAH.Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.Dan apabila ALLAH menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum,maka tak  ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tak ada pelingdung bagi mereka selain Dia.” Aku kaku sebentar.Betulkah ini jalan yang aku pilih.Jalan yang bakal aku tempuhi ini kukira penuh  berliku.Sangat banyak ranjau yang akan kutempuh.Bagaimanakah penerimaan mereka nanti?Baikah?Burukkah? Atau seelok-eloknya aku hanya berdiam diri saat dijebak dengan soalan yang agak sensitif nanti.Biarlah hanya senyuman yang mampu ku ukir sebagai sebuah jawapan pada semua persoalan yang bakal mereka timbulkan nanti. 
      YAALLAH,hambamu ini ingin benar bersamaMu walau apa jua keaadaan sekalipun.Kuatkanlah tekad dan azamku agar anjakan paradigma yang bakal aku lakukan ini bakal menimbulkan bermacam-macam hal.Aku yakin.Hanya padaMU sahaja yang mampu aku sandarkan sebuah pengharapan yang tak akan mungkin Kau khianati.Perubahan 360 darjah.Ku tidak ingin hidup dalam kehinaan lagi.Dalam kegelapan.Dalam kehancuran.Cukuplah YAALLAH.Ku hanya inginkan sebuah ketenangan dalam kehidupanku.Kerna kutahu janjimu pasti akan dituntut.Ku tahu hidup ku ini hanya atas sebuah pinjaman.Kau meminjamkan padaku sebuah kehidupan dan nyawa untuk aku hidup.Aku tahu kehidupan ini hanya sementara.Semua yang aku ada hanya pinjaman dan adalah hak  mutlakMu YAALLAH.Bila-bila masa sahaja kau bakal mengambilnya semula tanpa perlu memaklumkan padaku.Dan sebelum saat itu sampai,izinkan aku YAALLAH menebus segala kekhilafan aku padaMu.Dan andai saat itu bakal tiba,aku reda,aku pasrah dan aku rela.Sebuah permulaan bakal berakhir dengan sebuah pengakhiran.Ku tunggu janjiMu YAALLAH di syurga fidausi……………………..
300611
6:35AM
SFR

No comments:

Post a Comment