About Me


Alhamdulillah,nama yang diberi adalah Siti Fatirah Binti Ramli.Masih lagi menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Merupakan pelajar dalam bidang Aerospace Engineering.Andai punya doa dan restu dari ma dan abah,ingin rasanya diri ini menjadi seorang pejuang agama yang tidak kenal erti penat dan lelah.Mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia insyaALLAH satu hari nanti.Dalam iringan doa agar dikurniakan pendamping yang mampu memandu diri yang hina ini kejalan yang diredaiNYA..(^^)

Anugerah Terindah Dari Allah




Alhamdulillah kerana mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.
Along yang banyak mengajar Fatirah erti hidup
Izham Farhan jantung hati Fatirah yang menjadi kawan dan teman
Semoga diberkati oleh ALLAH.

Blog Archive

Monday 2 January 2012

EXAM....Usah Risau.....!

Assalamualaikum…

Apa khabar semua?Fatirah doakan agar sahabat  semua sentiasa sihat dibawah lindunganNYA.Amin.Kali ini Fatirah ingin berkongsi tentang EXAM kerana sekarang ini ialah musim exam di universiti.Belum terlambat lagi rasanya untuk Fatirah ucapkan Selamat Tahun Baru 2012.

Apa yang bakal Fatirah kongsikan nanti adalah dari pengalaman Fatirah sendiri dan cara Fatirah menghadapi peperiksaan.Umum mengetahui yang tiap kali tibanya peperiksaan pasti ada segelintir pelajar yang mengalami tekanan.Kebiasaannya tekanan itu datang apabila tarikh peperiksaan semakin menghampiri.Waktu beginilah emosi para pelajar akan diuji sama ada mampu menghadapinya atau pun tenggelam dalam tekanan itu.

Fatirah akan bahagikan tips menghadapi peperiksaan kepada 3 fasa iaitu:
                   Fasa pertama-Sebelum peperiksaan
                  Fasa kedua-Semasa peperikssan
                  Fasa ketiga-Selepas peperiksaan

Kita mulakan dengan Fasa pertama iaitu SEBELUM PEPERIKSAAN
àKebiasaannya sebelum peperiksaan dalam jangka masa sebulan sebelum tarikh peperiksaan kertas pertama bermula,Fatirah akan menyediakan jadual Fatirah belajar.Apa yang Fatirah buat adalah,usai sahaja solat subuh,Fatirah akan mencatatkan tugasan yang perlu Fatirah lakukan hari itu.Semestinya Fatirah akan sedaya upaya mengikuti apa yang Fatirah catatkan kerana ianya dalam masa yang sama melatih diri Fatirah untuk berdisiplin.Fatirah akan terus membuat rutin yang sama setiap hari sehinggalah masa peperiksaan yang hanya tinggal berbaki seminggu.Dalam masa 7 hari itu,Fatirah hanya akan membuat kembali kuiz-kuiz dan tutorial yang telah diberikan kerana lazimnya soalan peperiksaan hanya berkisar pada apa yang ditanya dalam kuiz dan juga tutorial.Kalau tidak percaya,cubalah buat analisa sendiri(^^)..Lupa pula,buatlah latih tubi soalan kertas peperiksaan yang lepas-lepas.Ianya amat membantu.Masa yang kritikal adalah 2 hari dan sehari sebelum peperiksaan,Fatirah biasanya akan menghabiskan semua topik peperiksaan seminggu sebelum peperiksaan bermula.Waktu selama 2 hari ini Fatirah akan rehatkan minda Fatirah dengan menonton filem-filem di wayang ataupun hanya bertemankan komputer riba Fatirah.Sambil-sambil menonton,Fatirah melihat seimbas lalu nota-nota kecil yang Fatirah siapkan setiap kali selesai topik yang diajar.Selalunya  Fatirah akan balik ke rumah pada sabtu dan ahad terakhir sebelum peperiksaan untuk mendapatkan restu kedua-dua ma dan abah.Kalau lihat dari aspek agama pula,Fatirah akan membaca surah Al-Mudassir setiap kali sebelum mengulangkaji.Dan membaca ayat 87:6(Al-Ala’) sebanyak tujuh kali lalu usap di ubub-ubun kepala.Terakhir sekali,selalulah berjumpa dengan pensyarah yang mengajar kita agar kita lebih memahami topik yang diajar(consultation)

Seterusnya kita melangkah ke fasa SEMASA PEPERIKSAAN
àPagi hari sebagai individu Muslim,sewajibnya kita mulakan dengan solat subuh.Tidak lupa juga Fatirah akan membaca Surah Al-Fath yang bererti kemenangan.Setelah bersiap,kaki akan melangkah ke dewan peperiksaan.Fatirah akan  mengambil sarapan ataupun berpuasa sahaja pada hari itu untuk mendapat ketenangan dan memastikan perut tidak meragam.Fatirah hanya akan membawa slip peperiksaan ,alat tulis dan juga kad matrik.Pernah juga semasa peperikssan akhir semester dua Fatirah membawa buku komik dalam beg Fatirah.Semuanya untuk menghilangkan tekanan(^^)Segala nota Fatirah sudah ucapkan selamat tinggal.Kenapa?Sebabnya jikalau kita membaca lagi bulu-buku dan nota-nota di luar dewan,percayalah semuanya langsung tidak akan masuk sebaliknya kita akan makin serabut.Sebaik sahaja semua pelajar diarahkan masuk ke dalam dewan,Fatirah akan mulakan dengan kaki kanan,da dalam hati Fatirah banyakkan berzikir dan beristigfar pada ALLAH.Saat ini,hanya DIA yang mampu memberikan ketenangan.Duduk sahaja di kerusi,Fatirah akan membaca asma ul husna sampailah kami diarahkan untuk menjawab soalan peperiksaan.Dari satu helai ke satu helai,Fatirah akan mulakan dengan bismillah.Andai ada soalan yang Fatirah was-was,Fatirah akan berhenti sekejap,tenangkan diri  dan berzikir seketika kemudiannya menyambung kembali menjawab.Masa itu emas ianya ibarat mengejar kita.Kalau kita gopoh,pasti kita akan berasa masa tidak cukup.Cubalah bertenang dan sebaiknya latih diri  kita untuk menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan agar kita cukup bersedia.Bagi Fatirah,10 minit terakhir adalah masa untuk menyemak jawapan dan setelah itu Fatirah serahkan segalanya pada ALLAH.Fatirah yakin,dengan usaha yang telah dilakukan,pasti akan ada ganjaran dari ALLAH.Semasa pengawas peperiksaan mengutip kertas jawapan,Fatirah akan membaca asma ul husna sekali lagi sehinggalah kaki melangkah meninggalkan dewan.

Akhir sekali adalah fasa SELEPAS PEPERIKSAAN
àTiada apa yang mampu dilakukan melainkan berdoa pada ALLAH agar kertas jawapan kita akan ditanda oleh seorang pemeriksa yang lembut hatinya.Senang hatinya semasa menanda kertas kita agar nanti markah yang diberikan adalah markah yang terbaik.Selebihnya serahkan pada ALLAH.DIA lebih mengetahui.Selain itu,yakinlah dengan diri sendiri selain dari kita perlu yakin dengan ALLAH .Apa sahaja keputusan yang bakal keluar nanti,itu adalah hasil usaha kita selama ini.Redalah dan terimalah dengan hati yang terbuka.Andai keputusan sahabat semua cemerlang,Alhamdulillah.Tapi awas,jangan terleka,teruskan perjuangan.Bagi yang keputusan seakadar cukup-cukup makan,redalah dengan ketentuan ALLAH,pasti ALLAH sedang mengujimu.Jangan pernah putus asa dan semaklah apa yang kurang dulu dan segerakanlah perbaikinya.InsyaALLAH,nanti ada kemanisan disitu…

Buat sahabat semua yang akan menduduki peperiksaan,Fatirah doakan sahabat semua lulus dengan cemerlangnya.Sumbanglah sesuatu untuk agamamu,bangsamu,negaramu dan keluargamu.Tinggalkanlah seketika jika punya masalah peribadi yang tiada kaitan dengan peperiksaan.Tumpukan sepenuhnya fokus pada peperiksaan.

SELAMAT MENEMPUH PEPERANGAN DENGAN TEKAD DAN KEBERANIAN(^^)
Wassalam
SFR



No comments:

Post a Comment