About Me


Alhamdulillah,nama yang diberi adalah Siti Fatirah Binti Ramli.Masih lagi menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Merupakan pelajar dalam bidang Aerospace Engineering.Andai punya doa dan restu dari ma dan abah,ingin rasanya diri ini menjadi seorang pejuang agama yang tidak kenal erti penat dan lelah.Mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia insyaALLAH satu hari nanti.Dalam iringan doa agar dikurniakan pendamping yang mampu memandu diri yang hina ini kejalan yang diredaiNYA..(^^)

Anugerah Terindah Dari Allah




Alhamdulillah kerana mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.
Along yang banyak mengajar Fatirah erti hidup
Izham Farhan jantung hati Fatirah yang menjadi kawan dan teman
Semoga diberkati oleh ALLAH.

Blog Archive

Sunday 18 December 2011

...BINGKISAN BUAT TEMAN....







 Assalamualaikum...
Duhai teman-teman segamaku

Ku susun bingkisan kata ini untuk dirimu:

Mandilah kamu sebelum kamu dibersihkan,
Wuduklah kamu sebelum kamu disucikan,
Tutuplah aurat sebelum kamu dikafankan
Kemudian,kamu akan diletakkan di bawah,
Akan disolatkan dengan 4 kali takbir
Namun persoalannya…
Adakah 4 kali takbir itu mampu menggantikan
SEMUA TAKBIR YANG SERING KAMU TINGGALKAN?
Adakah solat jenazah yang tiada rukuk dan sujud itu
MAMPU MEMBAYAR HUTANG RUKUK DAN SUJUDMU YANG ENGKAU TIDAK  AMBIL PEDULI?
Wahai manusia semua yang mengaku
ALLAH ITU TUHANMU
MUHAMMAD ITU RASULMU
AL-QURAN ITU KITABMU
KAABAH ITU KIBLATMU
Sembahyanglah kamu semua sebelum kamu diusung untuk disembahyangkan
Kemudiannya diusung ke kawasan perkuburan untuk disemadikan
Sebelum kamu ditinggalkan bersendirian dalam suasana yang sunyi sepi
Bertemankan cacing-cacing jua ulat-ulat
Juga apabila datangnya malaikat untuk menyoalmu kelak….
Sebelum tanah di kiri kananmu menghimpit dirimu….
Sujudlah pada yang Maha Esa
Pohonlah ampunan dari NYA
Hanya DIA yang Maha Mengampun

#di ubah suai dan disusun kembali dengan merujuk Ikim,fm

Wassalam....
SFR

No comments:

Post a Comment