About Me


Alhamdulillah,nama yang diberi adalah Siti Fatirah Binti Ramli.Masih lagi menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Merupakan pelajar dalam bidang Aerospace Engineering.Andai punya doa dan restu dari ma dan abah,ingin rasanya diri ini menjadi seorang pejuang agama yang tidak kenal erti penat dan lelah.Mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia insyaALLAH satu hari nanti.Dalam iringan doa agar dikurniakan pendamping yang mampu memandu diri yang hina ini kejalan yang diredaiNYA..(^^)

Anugerah Terindah Dari Allah




Alhamdulillah kerana mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.
Along yang banyak mengajar Fatirah erti hidup
Izham Farhan jantung hati Fatirah yang menjadi kawan dan teman
Semoga diberkati oleh ALLAH.

Blog Archive

Thursday 15 December 2011

....Hikmah tersembunyi.....

Assalamualaikum..

Terima kasih buat sahabat yang sudi singgah untuk membaca entry Fatirah.Moga kalian mendapat input yang berguna di blog Fatirah ini.InsyaALLAH..


Banyak perkara yang terjadi dalam hidup ini yang kadang kala membuatkan kita terleka seketika memikirkannya.Adakah wajar atau tidak apa yang telah terjadi?Apakah akan berubah keadaan andai tindakan yang diambil merisikokan hidup kita?Apakah yang akan terjadi andai bukan itu yang menjadi pilihan kita?Begitu banyak persoalan yang bermain di benak fikiran kita.


Jika ditenung kembali masa lalu pasti banyak kenangan yang telah diukir.Pelbagai asam garam kehidupan telah ditelan.Pahit,manis, masin mahupun masam telah dilalui dengan penuh kesabaran.Dari hanya mampu menangis sehinggalah mampu tersenyum kembali.Semuanya berlaku dengan izin ALLAH.


Pernah juga ada pasang dan surutnya dalam kehidupan tetapi dengan keimanan pada ALLAH,segalanya diserahkan padaNya kerana apa sahaja yang terjadi pasti punya hikmahnya.Mungkin kita tidak dapat melihat hikmahnya sekarang lalu sering saja menyalahkan takdir apabila yang diingini tidak tercapai.Namun siapalah kita ini yang hanya hamba yang lemah untuk mempersoalkan urusan ALLAH.


Siapa tahu seminggu,sebulan hatta setahun kemudian baru kita nampak hikmahnya?Mungkin ketika itu baru terucapnya kalimat agung “Alhamdulillah” yang sering lupa kita ucapkan apabila yang dihajati tidak dipenuhi.Tersenyumlah dengan lebarnya kiranya kita sudah mengetahui hikmah yang tersembunyi itu.Cantik kan aturan ALLAH?


Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.Tidak semua yang kita mahukan akan tercapai kerana mungkin akan ada penggantinya yang lebih baik  buat diri kita….


“……tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.ALLAH mengetahui ,sedang kamu tidak mengetahui….”(Al-Baqarah:216)


Wassalam..


SFR…(^^)

No comments:

Post a Comment