About Me


Alhamdulillah,nama yang diberi adalah Siti Fatirah Binti Ramli.Masih lagi menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Merupakan pelajar dalam bidang Aerospace Engineering.Andai punya doa dan restu dari ma dan abah,ingin rasanya diri ini menjadi seorang pejuang agama yang tidak kenal erti penat dan lelah.Mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia insyaALLAH satu hari nanti.Dalam iringan doa agar dikurniakan pendamping yang mampu memandu diri yang hina ini kejalan yang diredaiNYA..(^^)

Anugerah Terindah Dari Allah




Alhamdulillah kerana mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.
Along yang banyak mengajar Fatirah erti hidup
Izham Farhan jantung hati Fatirah yang menjadi kawan dan teman
Semoga diberkati oleh ALLAH.

Blog Archive

Monday 12 December 2011

Hidayah itu manis...

Assalamualaikum…



Alhamdulillah,masih lagi diri ini mampu menghirup udara yang nyaman di muka bumi ALLAH ini.Masih lagi mampu berdiri,bersujud pada Yang Maha Esa.Masih lagi mampu mengerjakan segala suruhannya.

Dalam entry kali ini Fatirah ingin berkongsi serba sedikit tentang hidayah.Semua orang tahu hidayah itu milik ALLAH swt kan?Miliknya sepenuhnya.Hidayah adalah cahaya petunjuk kearah jalan kebenaran yang diberikan kepada  hamba yang terpilih oleh ALLAH swt.

Kadang-kadang ramai yang tersalah anggap dimana mereka hanya menunggu hidayah datang pada mereka tanpa mereka sendiri mengubah diri mereka.Pada pandangan Fatirah,hidayah itu perlu dicari sendiri kerana ianya tidak akan datang bergolek pada diri kita.Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk mencari hidayah ini.Yang penting,diri itu sendiri mahu atau tidak untuk mencari hidayah.

Antara salah satu caranya ialah mohonlah pada ALLAH swt ,kerana ALLAH itu Maha Mendengar .Setiap kali dalam solat,titipkanlah doa yang kudus agar hidayah dari ALLAH sentiasa ada buat diri kita.Mintalah dengan bersungguh-sungguh.

Kedua,ingatlah bahawa hidup ini singkat.Muhasabahlah diri kita.renungkan kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang kita bernafas.Sudah berapa banyak amalan yang kita lakukan sebagai bekalan untuk kita di akhirat nanti.Juga berapa banyak dosa-dosa yang kita sendiri tidak mampu menghitungnya sama ada dosa yang zahir ataupun tidak.Cukupkah semua itu untuk melindungi kita dari seksanya api neraka?

Selain itu,cubalah perbaiki diri sedikit demi sedikit.Carilah ustaz,ustazah,murabbi untuk kita dampingi agar dapat kita ambil ilmu agama dari mereka.Hadirkanlah diri ke majlis-majlis ilmu,majlis-majlis agama supaya kita lebih jelas lagi tentang agama.Bersahabatlah dengan mereka-mereka yang elok pegangan agamanya,cantik perlakuannya moga kita akan menjadi seperti mereka suatu hari nanti.InsyaALLAH.

Yang paling utama,segeralah meninggalkan maksiat-maksiat,cara hidup,pertuturan yang jelas bertentangan dengan syariat agama.Praktikkanlah amalan hidup sehari-harian  yang bertepatan dengan ajaran Islam.InsyaALLAH,hati akan menjadi tenang.

Percayalah tiada seorang pun yang mampu mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri.Pokok pangkalnya hati kita.Mahukah sekeping hati kita ini menerima hidayah?Ataupun mahukah kita melakukan perubahan?Tepuk dada,tanya selera.

Usia ini hanyalah singkat,janganlah kamu singkatkannya lagi dengan urusan yang sia-sia.

“..Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergilir di muka dan dibelakangnya,mereka menjaganya atas perintah ALLAH.Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.Dan apabila ALLAH menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum,maka tak  ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tak ada pelingdung bagi mereka selain Dia.”

Wassalam…..(^^)

No comments:

Post a Comment