About Me


Alhamdulillah,nama yang diberi adalah Siti Fatirah Binti Ramli.Masih lagi menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Merupakan pelajar dalam bidang Aerospace Engineering.Andai punya doa dan restu dari ma dan abah,ingin rasanya diri ini menjadi seorang pejuang agama yang tidak kenal erti penat dan lelah.Mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia insyaALLAH satu hari nanti.Dalam iringan doa agar dikurniakan pendamping yang mampu memandu diri yang hina ini kejalan yang diredaiNYA..(^^)

Anugerah Terindah Dari Allah




Alhamdulillah kerana mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.
Along yang banyak mengajar Fatirah erti hidup
Izham Farhan jantung hati Fatirah yang menjadi kawan dan teman
Semoga diberkati oleh ALLAH.

Blog Archive

Wednesday 16 November 2011

..KITA BERTEMU KERANA ALLAH (^^)....

Assalamualaikum..



Khas buat sahabat susah senangkuSiti Nur Azuani Jofri..

-Tika dirimu tersenyum gembira,hati ini sentiasa mengucapkan alhamdulillah kerana kebahagianmu adalah kebahagianku
-Tika dirimu menangis hiba,hati ini dirundung pilu seakan awan kelabu yang berarak mendung kerana kesedihanmu adalah kesedihanku
-Tika dirimu tesungkur di medan perjuangan,hati ini berhenti berdegup seketika kerana kepedihanmu adalah kepedihanku
-Tika dirimu menghulurkan tangan apabila dirimu lelah dalam mengejar kehidupanmu yang tidak pernah surut dengan cubaan,sedaya upaya diri ini menyambut tanganmu.

Sekarang saat dirimu hampir rebah kerana cubaan dariNYA,selalu diri ini mendoakan agar dirimu sentiasa kuat dan tabah dalam menghadapi segalanya kerana diri ini yakin dirimu mampu menghadapinya.Duhai sahabatku,kuatkan hatimu,teguhkan dengan keimanan,jangan pernah dirimu berputus asa kerana di hadapanmu kelak bakal terbentang seribu hikmah yang tidak tercapai dek akal.Walau dahsyat mana dirimu diuji,yakinlah diri ini sentiasa menjadi akar yang kuat agar dirimu  kukuh menahannya.Jadilah insan yang paling kuat sahabatku.Dalam iringan doa kudusku,kutitip doa agar dirimu reda dengan ujian yang diberikan padamu....


Mujahidah cekal berjuanag,SFR..

No comments:

Post a Comment