About Me


Alhamdulillah,nama yang diberi adalah Siti Fatirah Binti Ramli.Masih lagi menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Merupakan pelajar dalam bidang Aerospace Engineering.Andai punya doa dan restu dari ma dan abah,ingin rasanya diri ini menjadi seorang pejuang agama yang tidak kenal erti penat dan lelah.Mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia insyaALLAH satu hari nanti.Dalam iringan doa agar dikurniakan pendamping yang mampu memandu diri yang hina ini kejalan yang diredaiNYA..(^^)

Anugerah Terindah Dari Allah




Alhamdulillah kerana mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.
Along yang banyak mengajar Fatirah erti hidup
Izham Farhan jantung hati Fatirah yang menjadi kawan dan teman
Semoga diberkati oleh ALLAH.

Blog Archive

Tuesday 15 November 2011

....CINTA HATI......

Assalamualaikum.... 
Pertama sekali terima kasih pada yang sudi membaca di blog Fatirah.Kali ini Fatirah ingin menulis tentang CINTA.Ya.cinta.Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa Fatirah memilih tajuk ini.Semuanya kerana seorang sahabat yang amat Fatirah sayangi.Seorang sahabat yang sentiasa menjadi tempat Fatirah mengadu seandainya diri ini karam seketika dengan ombak badai dunia.Baru-baru ini sahabat Fatirah meminta pertolongan dan mengadu pada Fatirah akan masalahnya.Dan sepastinya masalah itu adalah masalah berkaitan cinta.Sebelum Fatirah pergi lebih jauh lagi,rasanya elok jika kita definisikan perkataaan cinta itu sendiri....

Apa itu CINTA ya?Fatirah yakin dan pasti ramai remaja di luar sana yang tahu apa itu cinta.Cinta mungkin bagi mereka adalah satu perasaan yang lahir diantara lelaki dan perempuan yang akhirnya membawa kepada perasaan saling menyayangi dan seterusnya akan terjalinkan sebuah ikatan atas nama cinta.Ikatan yang secara amnya atau dalam bahasa yang  mudah difahami adalah "couple".Bagi mereka itulah definisi cinta.Tapi pada Fatirah definisi cinta tidak hanya terhadad pada manusia semata-mata kerana cinta yang paling agung adalah cinta kepada pencipta.Cinta juga dapat dieksperikan pada alam.Lihat sahaja mereka yang mencintai alam sekitar,mereka yang mencintai binatang,mereka yang mencintai lukisan,mereka yang mencintai seni.Semua itu cinta.Cinta yang berlainan jenis.

Berbalik tadi pada sahabat Fatirah,dia sangat menyayangi pasangannya.Perhubungan mereka sudah ke tahap yang serius kerana kedua-dua belah keluarga merestui hubungan mereka.Jika direnung kembali  masa lalu,hubungan mereka bermula di zaman persekolahan lagi.Dimana ketika itu kedua-duanya memegang jawatan tertinggi di maktab.Pertemuan yang kerap membuatkan masing-masing saling menyukai.Dan Fatirah ketika itu sentiasa menjadi tempat meluahkan perasaan oleh sahabat Fatirah.Seringkali andai mereka bersua atau berjumpa,Fatirah akan mendengar setiap cerita yang keluar dari mulutnya.Fatirah tumpang gembira dengan sahabat Fatirah.Percayalah ketika itu,dunia seakan miliknya seorang.Hari-hari yang berlalu dilaluinya dengan senyuman.

Tamat sahaja SPM,mereka berdua menjadi pasangan yang paling bahagia.Sekali lagi Fatirah tumpang gembira.Segalanya indah sehinggalah kesua-duanya diterima asuk ke universiti yang berlainan,Seorang di barat seoraang di timur.Bermula dari saat itu,pelbagai masalah yang datang  menguji mereka.Sehinggalah kesatu saat dimana perhubungan diputuskan kerana munculnya orang ketiga.Hubungan yang dibina putus begitu sahaja ditengah jalan.

Pada Fatirah diceritakan dari A sampai Z apa yang sebenarnya yang terjadi.Sungguh,diri ini terasa sedih dengan apa yang berlaku.Sayu dan sebak apabila mendengar esakan di hujung sana saat sahabat Fatirah menghubungi.Esakan dan tangisan saja yang mampu meluahkan segalanya.Jika sebelum ini Fatirah sentiasa menyokong perhubungan mereka,tapi kali ini berlainan pula,Fatirah menasihatinya untuk tidak meneruskan lagi kerana tidak perlu rasanya membuang masa dan waktu untuk mememikirkan benda yang remeh temeh dan melalaikan itu.

Jika dulu Fatirah juga pernah melalui semua itu,tapi sekarang rasanya cukuplah dengan nikmat cinta pada ALLAH dan rasulnya.Pada sahabat Fatirah,seringkali Fatirah titipkan pesanan agar dirinya kuat menghadapi ujian ini.Hampir setiap minggu sahabat Fatirah menelefon dan menangis sambil meluahkan apa yang terbuku dihatinya.Dan acapkali juga diri ini mengingatkan padanya "redalah dengan apa yang terjadi kerana sesungguhnya ALLAH tahu apa yang dilakukaNya,mana kita tahu mungkin ALLAH simpankan lelaki yang lebih baik untuk kita dikemudian hari apabila saatnya tiba.Kita hanya perlu bersedia sahaja dan menunggu hari yang indah itu."

Pandangan Fatirah pada isu cinta ini ialah,biarlah kita berusaha sebaik mungkin untuk memiliki Cinta ALLAH dan rasulnya dahulu kerana andai kita terlepas dari  memilikinya sudah tentu hidup ini tiada gunanya lagi.Benar cinta itu fitrah manusia yang suka disayangi dan menyayangi,tapi biarlah pada yang halal bagi kita.Untuk sahabat yang Fatirah sayangi kerana ALLAH,bersabarlah,dugaan ini akan menjadi manis jika saut hari nanti kita nampak hikmah yang tersembunyi...


MUJAHIDAH CEKAL BERJUANG..SFR

No comments:

Post a Comment